Assalamu'alaikum wbt,
Terlalu kagum dengan semangat seorang hamba Allah ini. Dia bukanlah artis remaja yang terkenal seperti Justin Bieber, Lee Min Ho atau sebagainya. Tetapi, kematiannya telah membuatkan dirinya menjadi orang yang terkenal malah turut dikenang dan disanjung tinggi. Ini bukan sembarangan makhluk Allah...dia insan terpilih. Jika ketika hayatnya dia tidaklah dikenali ramai seantero dunia, namun kematiannya dan permulaan kehidupannya di alam sana telah menyebabkan kisah hidupnya menjadi perhatian umum. Harapan, impian...dan semangat jihad demi Islam tercinta- inilah yang sangat dikagumi.
Mengenangkannya, teringat pada Uwais Al Qarni di negeri Yaman. Beliau bukanlah orang yang terkenal ketika hayatnya malah dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Namun, dek kerana kesolehan dan ketakwaan kepada Allah SWT, kematiannya diiringi oleh ramai manusia dan mereka berebut-rebut untuk menguruskan jenazahnya. Maka, hal ini menimbulkan persoalan dikalangan penduduk-penduduk Yaman. Mereka hairan, bagaimana kematian Uwais yang miskin fakir dan tidak pula terkenal semasa hayatnya itu dihadiri dan diiringi oleh ramai manusia? Allahurabbi...
Inilah dia kematian yang husnul khotimah. Seperti Uwais, beliau tidak dikenali di dunia tetapi dikenali oleh para penghuni langit. Hampir sama seperti as syahidd Ahmad Ammar, tidak dikenali semasa hayatnya tetapi kematiannya di kagumi dan di doakan oleh ribuan manusia yang mana ada dikalangan mereka yang tidak pernah mengenali siapa Ahmad Ammar sehinggalah berita kematiannya tersebar.
Inilah dia para hamba soleh yang menjadi pilihan Allah. Setiap perkara yang dilakukan mereka, hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dan, keikhlasan dalam melakukan ibadah dan amal kebaikkan adalah kunci utama untuk meraih redha Allah. Bila hidup Allah redha...InsyaAllah selamat dunia akhirat.



No comments:
Post a Comment