- Seorang yang bodoh dan dungu akan bergembira di dunia, sementara orang yang mengerti akan merasa sedih. Orang yang bodoh akan menyaingi dan melawan takdir, sementara orang yang berilmu akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan takdir dan meredhainya.
- Seorang mukmin itu mesti mempunyai niat yang baik dalam semua tindakan dan perilakunya. Ia tidak beramal di dunia untuk dunia, malahan ia melakukan segala sesuatunya di dunia ini adalah untuk akhirat.
- Barangsiapa yang mahu melayani, maka dia akan dilayani. Barangsiapa yang mahu melakukan kebaikan, maka dia akan diperlakukan dengan baik. Barang siapa yang memberi, maka dia akan diberi. Jika engkau berbuat untuk neraka, maka neraka itulah kelak yang akan menjadi milikmu.
- Semua amalmu itu adalah pekerja-pekerja mu. Engkau beramal sebagaimana amal penghuni neraka, padahal kamu mengharapkan syurga dari Allah. Bagaimanakah kamu berangan-angan untuk menjadi penghuni syurga sedangkan engkau tidak beramal dengan amalan yang boleh membawa mu ke syurga? Orang-orang yang berhati akan beramal didunia dengan hatinya, bukan hanya dengan anggota badannya semata-mata. Apakah dapat disebut suatu amal, apabila perbuatan atau suatu amalan itu tidak sejalan dengan hati?
- Seorang yang riak akan beramal dengan anggota badannya sahaja, manakala orang yang ikhlas akan beramal dengan hati dan anggota badannya secara serentak. Mereka beramal dengan hatinya sebelum melaksanakan suatu amalan itu dengan anggota badannya.
- Amal orang mukmin itu adalah lahir dan batin, baik dalam keadaan bersendirian mahupun sedang dalam keramaian, baik secara samar-samar atau terang-terangan, baik dalam kemudahan mahupun kesusahan. Sementara amal yang dilakukan oleh orang munafik hanya segi zahirnya sahaja, mereka akan lakukan di saat orang ramai, mereka akan beramal hanya ketika berada dalam kemudahan, apabila ia mendapat kesusahan, maka ia akan berhenti beramal.
[Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani | Buku Fath al-Rabbani - Wasiat Dan Nasihat Kerohanian]
- Sudah menjadi lumrah kehidupan, apabila kita salah persepsi, kita mudah mengheret insan yang berbeza ke kandang pesalah di mata kita. Apabila betul persepsi, luruslah nilaian. Kemudian, mekarlah toleransi, baik sangka dan kasih sayang. Manusia tidak akan lurus nilaiannya selagi belum selesai masalah 'faham'.
[Ustazah Fatimah Syarha]

No comments:
Post a Comment