Tuesday, December 3, 2013

MUHASABAH LAH!



Muhasabah adalah perkara yang sangat dianjurkan dalam Islam. Muhasabah bermaksud menilai atau menghitung kembali segala amalan, kerja, aktiviti atau apa-apa jua tindakan sepanjang tahun, bulan, minggu dan harian. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan muhasabah atau menghitung-hitung  atau amalan yang telah dilaksanakan dengan harapan ia dapat ditambahbaikkan, dimantapkan dan akan lebih sempurna lagi.
Rasulullah SAW pernah menegaskan di dalam sabdanya yang bermaksud: “Akan datang satu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat suka lima perkara dan melupakan pula lima perkara (yang berlawanan dengannya). Mereka suka penghidupan dan melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan (hisab), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan makhluk (manusia) dan melupakan Khalik (Tuhan Maha Pencipta).” [HR Bukhari]
Peringatan Rasulullah SAW di dalam sabdanya tentang lima perkara yang disukai dan lima perkara yang selalu dilupakan. Oleh itu, sebagai umat Islam yang beriman hendaklah kita ambil dan jangan sekali-kali lupakan lima perkara tersebut. Sesungguhnya lima perkara yang sering dilupakan itu merupakan permata kehidupan yang akan menjadi kekuatan dan pengimbang kepada lima perkara yang kita sukai. Keseimbangan antara lima-lima perkara berkenaan pasti akan memberi kebaikan, manfaat dan kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat.
InsyaAllah.
[SUMBER: 'Teks Khutbah Jumaat' disediakan oleh: Bahagian Penyelidikan & Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah]


No comments:

Post a Comment